Kelab Hoki IPG Kampus Bahasa Melayu mula ditubuhkan pada tahun 2011 atas usaha beberapa orang pelajar yang begitu menunjukkan minat mereka untuk menghidupkan sukan hoki di IPG Kampus Bahasa Melayu. Bermula dengan idea penubuhannya oleh dua orang pelajar, kelab ini terus berkembang dari semasa ke semasa sehinggalah berjaya mewujudkan pasukan hoki lelaki IPG Kampus Bahasa Melayu pada penghujung 2011. Kejohanan pertama yang disertai oleh kelab ini adalah Festival Hoki Guru Muda (FESHOGUM) 2011 peringkat kebangsaan yang diadakan di Stadium Hoki Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Seterusnya pada tahun berikutnya, kelab ini terus aktif dalam arena sukan hoki terutamanya di peringkat IPG. Pada tahun 2012 juga, kelab ini telah berjaya menubuhkan satu pasukan wanita.
Sekitar bulan april 2012 pula, kelab ini telah berjaya menganjurkan Kejohanan Hoki Persahabatan Empat Penjuru yang melibatkan IPG-IPG di sekitar Kuala Lumpur. IPG yang terlibat adalah IPG Kampus Bahasa Melayu sendiri, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, IPG Kampus Ilmu Khas dan IPG Kampus Teknik. Kejayaan penganjuran kejohanan ini dilihat sebagai satu daripada peningkatan dan daya maju Kelab Hoki IPG Kampus Bahasa Melayu dalam sukan ini. Selain menganjurkan, pasukan hoki lelaki dan wanita IPG Kampus Bahasa Melayu juga turut menyertai kejohanan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, kelab hoki ini terus bergiat aktif dalam sukan ini dengan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab dan pasukan di sekitar Lembah Klang bagi memberi pendedahan terhadap situasi sebenar permainan hoki. Antara kejayaan terbesar yang berjaya digapai oleh kelab ini adalah, berjaya menganjurkan Pesta Hoki Institut Pendidikan Guru Malaysia peringkat kebangsaan pada tahun 2012 yang disertai oleh 19 IPG seluruh Malaysia. Penglibatan aktif kelab ini dalam persada sukan hoki tidak terhenti setakat itu sahaja, pada penghujung tahun 2012 kelab ini telah menyerti Pesta Hoki Antarabangsa USM 2012 dalam kategori IPT.
Pada tahun 2013 pula, kelab ini terus hidup dengan pertambahan pemain yang mula menunjukkan minat terhadap sukan ini. Pada tahun 2013, keahlian Kelab Hoki IPG Kampus Bahasa Melayu telah mencecah sebanyak 48 orang ahli. Dari segi penyertaan dalam kejohanan pula, pada tahun 2013, kelab ini telah menyertai beberapa siri kejohanan, antaranya Kejohanan Hoki 6 Penjuru anjuran IPG Kampus Pendidikan Islam yang diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kejohanan hoki 7 penjuru IPG-IPG sekitar zon tengah dan 2 buah IPG dari zon utara dan zon pantai timur, Pesta Hoki Institut Pendidikan Guru Malaysia 2013 anjuran kelab ini sendiri dan Pesta Hoki Antarabangsa USM 2013.
Pada tahun 2014 pula, pasukan hoki IPG Kampus Bahasa Melayu telah berjaya mewakili IPG Kuala Lumpur dalam temasya Sukan IPT (SUKIPT 2014).

No comments:
Post a Comment